After 5 years

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku excited nak update entry ni. Tapi pada masa yang sama aku tengah termenung sambil fikir macam mana nak mulakan ayat. Biasalah, 'rajin' sangat update blog kan. Macam ni lah jadinya hahaha.



Macam ni ceritanya... sabtu lepas aku jumpa dengan kawan-kawan masa tuisyen dulu. Lama sangat dah tak jumpa. Dalam 5 tahun lah lebih kurang. Habis nak buat macam mana, kalau sorang ada masa yang lain tak ada masa. Jadinya, bertangguhlah semua nak jumpa. Dah semua belajar jauh-jauh, jadual pun bukannya sama. Memang susah nak jumpa.

Ini pun bukan semua dapat kumpul, sebab tak plan pun sebenarnya nak jumpa. Ada yang dah merajuk dah pun sebab tak dapat jumpa haha. Dah alang-alang syera buat open house dapat lah kumpul kejap. Aku ni pun nasib baiklah dapat balik minggu tu. Dapat lah jumpa sekejap. 


[Tuan blog, Maziah, Erra, Syera]


Sampai-sampai je terus pergi serbu dapur syera sebab dekat depan ada ramai orang. Seganlah kononnya hahaha. Masing-masing excited dapat jumpa, yelah dah berapa tahun tak jumpa kan. Dah jumpa tu teruslah semua mengulit kenangan lampau haha. Nasib baik kitorang masih boleh kawal suara lagi masa berborak hahaha.

Mesti ramai yang ada kenangan kena diri ramai-ramai lepastu siapa tak hafal sifir tak boleh duduk kan? hahaha. Dulu masa aku awal-awal tuisyen sana kalau tak silap darjah 6, setiap kali kelas nak mula mesti semua kena diri lepastu baca sifir. Gigih kot aku hafal sifir dulu. Yelah, kita budak-budak lagi masa tu, cikgunya pulak garang mahu tak berdebar aku kalau kelas dia hahaha.

Tapi tempat tuisyen aku tu dah takde dah. Dah ganti kepada apa entah, lupa.

Aku kenal diorang ni ada yang masa form 4 ada yang masa form 5. Kiranya masa form 5 tu lah memang dah rapat, kira jumpa bestfriend lah kononnya dekat sana haha. 


Konon lah tu sedih sebab dapat kumpul berempat je. Ni baru berempat, kalau ada yang lain lagilah kecoh nanti. Maziah pun tu tak dapat lepak lama, sebab family dia nak balik dah. Tak apa nanti kita jumpa lagi.


Memperkenalkan... nama dia Nur Erra Fazira. Kalau korang terkejut, aku dulu lagi terkejut bila dengar nama dia. Rasa macam kena tipu pun ada hahaha. Yang syera konon lah dulu nak gurau cakap dekat dia "Oh nama awak Erra Fazira eh" sekali Erra cakap "Ha betul lah tu lah nama kita" terus terkejut si syera tu hahaha.

Masa dekat tuisyen dulu, dia lah yang duduk sebelah aku. Dulu selalu merajuk dengan aku kalau aku ajar math. Tapi merajuk main-main je lah. Mana tak nya kalau buat math asyik kena padam lepastu buat semula, ulang banyak kali sampai lunyai buku dia aku kerjakan hahaha. Bukan apa, kalau buat banyak kali kan lagi senang nak faham. 


Sebenarnya aku nak amik gambar macam bawah ni, tapi tak jadi pulak sebab aku lupa gayanya macam mana hahaha.




Maziah ni paling bijak sejarah. Dia lah tempat rujukan kitorang dulu kalau study sejarah. Aku sejarah ni tak berapa nak minat sangat. Cuma, disebabkan cikgu tempat tuisyen aku tu best so aku rajin sikitlah dekat sana haha. Biasalah cikgu kan memainkan peranan yang penting untuk tarik minat pelajar.


Gambar berdua dengan syera takde lah. Tuan rumah busy betul. Nak masukkan gambar lama dia macam kejam sangat lah pulak hahaha. Syera ni dulu, jadi tempat korek rahsia Erra hahaha. Rahsia apa, biarlah jadi rahsia antara kitorang hehe. Syera ni kecik je kalau korang nak tahu. Tapi gangster. Bawak kereta macam nak pergi racing hahaha. 


Okay lah, aku akhiri dengan gambar lima tahun dulu. Budak-budak sangat kan hahaha. Masa ni last day tuisyen. Yang tengah tu cikgu math kitorang. Gambar lain tak perlu, segan aku nak post hahaha. Gambar lama budak lelaki tak payah lah letak, aku yang tengok pun nak gelak apa lagi orang lain. Jatuh saham diorang nanti hahahaha.